Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.
Selepas solat subuh trus sambung menjahit. Baju kurung ni ditempah oleh rakan. Dia tempah dua pasang, alhamdulillah dua-dua dah siap, katanya nak pakai hujung minggu ini, ada jemputan kahwin. Hai org perempuan biasalah kan, kalau boleh setiap majlis yg dikunjungi pasti nak pakai baju baru. Biasalah nak nampak cantik dan anggun gitu. Ibuintan ni pun sama gak ni, lepas ni nak nyiapkan baju sendiri lak. hujung minggu ni anak saudara suami berkahwin. Nak jugak melaram ngan baju baru. Tak terkecuali si anak sendiri (intan) pun dah pujuk juga minta dijahitkan sepasang kurung oren (konon nak ikut tema) tuk majlis kahwin sepupunya tu. Tapi kainnya tak beli lagi, mungkin sokgi nak carikan sepasang, beli...gunting..jahit tepi.. trus jahit. Ibuintan ni kira bernasib baik, Intan pun minat menjahit, biasanya untuk kemasan leher dia yang buatkan. Dapatlah duit poket.
Petang ni balik Kg. Kepis, rumah mak mntua sekali gus pergi mah sis-in-law. Ada majlis berkampung (perjumpaan saudara mara dan jiran sekampung) Tujuannya untuk berbincang pasal kenduri kahwin hujung minggu ini. Mesti berbincang sebab kami akan bergotong-royong untuk penyediaan makanan tuk tetamu dan jemputan. Kalau tak silap dua ekor kerbau akan tumbang. Orang sini panggil 'bogholek godang' , besarlah majlisnya tu.
Wassallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan