Followers

Sabtu, 20 Februari 2010

Tetamu yang dinanti

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Mentari pagi yang indah. Seronok. Selepas sarapan, berkemas, memesin kain baju, menjemur, membaja orkid dan menyapu halaman, semua aktvt pagi lancar. Setiap pagi hujung minggu adalah masa mengemas seratus peratus. Cuma bilik anak (intan dan adik) mereka kemas sendiri. Hari ini spt biasa anak  (intan) mngikuti kelas tusyen di sebuah pusat tusyen di K. Pilah, intan akan menghadapi PMR pada penghujung tahun ini. Pagi Sabtu ni biasanya adalah turn si abah menghantarnya ke kelas tusyen.
Turn ibuintan adalah setiap petang Jumaat. Semlm selepas menghantar intan ke kelas tusyen, ibuintan dikunjungi oleh seorang rakan (Ida) yg seblm ni bertugas di sek yg sama,sekarang Ida telah berpindah ke Kuantan selepas mendirikan rmhtangga. Ida adalah rakan susah senang bagi ibuintan, malah bagi ibuintan Ida lebih sbgai seorg adik. Semlm Ida dtg dengan suaminya (Ipin). Rasa2nya suami2 kami pun dapat menerima hubungan kami sbgai seorg kawan dan sbagai adik kakak. Kami berkongsi rasa suka, duka, dan segalanya.  Ida masih menyambung pljarannya di OUM S'ban. Biasanya Ida mengikuti kelas pada hari Sabtu. Sebab itulah sekiranya ada kelas hari Sabtu, Ida akan blik dr Kuantan pd petang Jumaat tanpa ditemani suami (bekerja Sabtu), dan rumah ibuintan adalah rumah yg akan ditujunya dulu berbanding abahnya di kg. Abahnya tinggal seorang diri selepas kematian isteri (ibu Ida) 12 tahun yg lalu. Situasi kami sebgai anak perempuan tunggal (yg lain lelaki) inilah yang lebih merapatkan hubungan kami sebenarnya. Kami sama2 menumpang kasih , kasih adik kakak, (yang kami tak ada.) Semoga hubungan ini kekal selamanya. Anak2  pun rapat dengan Ida malah sebelum Ida berkahwin, kami mengajaknya bersama2 menyertai percutian Cuti2 Malaysia family kami. Cuma stelah beliau berkahwin mungkin aktvt Cuti2 Malaysia tak dpt disertainya lagi kerana kekangan2 waktu dan sebab lain. Semlm kami bersembang sakan sehingga petang, malah sebelah mlmnya pula kami sambung lagi di Medan Selera K. Pilah. Kami keluar selepas maghrib dari haluan masing2, sehingga pukul 10 setengah malam. Esok Ida akan kembali semula ke Kuantan. Hanya sms dan telefon yg akan terus menghubungkan kami. Semoga persahabatan ini akan sentiasa dilindungi dan berpanjangan.

Wassallam..

Tiada ulasan: