Namun bila melihat keadaan dalam KFC dan McD, semua meja telah penuh dengan barisan beratur yang panjang disetiap kaunter maka kami terpaksa tukar fkiran. Kami berdua ke bazar Ramadhan yang terdapat di sebelah bangunan terminal bas, kami beli dan bungkus sahaja untuk dimakan bila waktu berbuka tiba. Intan sampai lima minit sebelum azan. Walaupun ada kedai makan di stesyen itu tetapi keadaan yang binggit dan bising menyebabkan kami tidak berminat untuk berbuka di situ. Kami merancang berbuka saja dulu di dalam kereta dan kemudian singgah di mana-mana restoren semasa dalam perjalanan balik.
Sebaik masuk ke kereta, azan Maghrib pun berkumandang. Kami bertiga beranak berbuka sahaja di dalam kereta dengan makanan yang kami beli tadi... sebungkus nasi lemak, sebungkus meehon goreng serta air kotak , kami kongsi bertiga. Mungkin disebabkan kami beli di saat akhir dan pembeli pun sudah tidak berapa ramai maka penjual itu memberi meehoon dan nasi lemak yang agak banyak, kami makan berkongsi bertiga pun dah rasa kenyang. Jadi kami tak perlu singgah di mana-mana terus balik ke rumah. Setengah jam dah sampai ke rumah, perjalanan lancar. Alhamdulillah.
Senyum lebar sebab dapat balik ke rumah, namun ibunya lagilah tersenyum lebar, kembang setaman dalam hati sebab dapat berpuasa dan berbuka sekeluarga petang nanti.
Sebaik sampai di rumah malam semalam, Intan dah cadangkan menu utama untuk berbuka nanti dan pastinya menu berbuka petang nanti ialah menu menunaikan hajat 'puteri tersayang' ini yang selama di kolej hanya makan hasil tangan 'makcik cafe' saja. Sabarlah sayang ya... demi menuntut ilmu kan.
Hari ini pastinya ibunya ini akan bergerak ke pasar untuk mencari dan melengkapkan bahan yang akan dimasak petang nanti. Selalunya hanya abahnya yang akan singgah membeli sewaktu balik kerja namun untuk hari ini ibunya yang akan membeli sendiri.. Bila abahnya yang membeli mesti ada saja yang tidak lengkap...masak dalam kekurangan bahan la biasanya. Namun tidak juga dapat ke pasar di waktu awal pagi sebab pagi ini ibuintan akan ke sekolah dahulu, terpaksa ke sekolah kerana ada perjumpaan dengan ahli kelab doktor muda. Ahli kelab doktor muda akan menduduki ujian kompetensi mereka pada hari Rabu nanti. Terpaksalah membantu mereka membuat ulangkaji kerana ini ujian mereka yang pertama kali.
Menu ibuintan dah ada dalam kepala... menu rakan-rakan apa pulak agaknya ye! Kekadang pening juga kan memikirkan menu yang paling sesuai untuk dimasak. Ibuintan jenis yang lebih suka memasak dari membeli di bazar ramadhan. Lebih puashati tapi ada juga anak-anak membeli sedikit mengikut keinginan mereka. Dan air antara yang wajib mereka beli.
....namun yang lebih penting semuanya harus bersederhana jauhkan pembaziran, kalau ikutkan nafsu masa lapar semua hendak dimakan. Kalau beli pun ikut keperluan, makan pun jangan berlebihan nanti berat pulak nak bersolat...jangan pulak kekenyangan solat wajib dan sunat terawih sampai ketinggalan.
...
7 ulasan:
wah intan balik ye...mesti hati ibu berbunga bahagia....kasih seorg ibu mcm tulh. dan begitu jugaklh setiap kali ank2 blk mrk yg cdgkan resepi utk dimasak....
Bila anak2 yang berjauhan balik seboleh dapat memang nak penuhi sahaja permintaan mereka. Aina tunggu sebelum rayalah dapat bertemu anak perempuan nan seorang.
Menu petang ni mungkin kari cair ikan jenahak.
seronokkan bila semua ahli keluarga berkumpul, berbuka dan bersahur sama2...
p/s..kadang2 pening jugak pikirkan menu berbuka ni..saya biasanya masak ikut menu anak2...
Tersenyum manis Intan, tentu seronok sangar dapat berbuka bersama keluarga. Kita sebagai ibu pun lebih2 lagi gembira kan.
Ummi pun suka memasak sendiri,tapi kalau penyakit 'M' datang melanda, membeli juga sekali-sekala, hehe..
asalam ibu intan
selamat berpuasa dan beribadat.
dah sihat dah? misteri nusantara.dah ok ?
selamat berpuasa..
wasalam
ifa
Kak Zai pun macam ibuintan juga gembira sangat bila anak2 balik dan berbuka bersama.
Tiada yg lebih menggembirakan kita cikgu bila makan bersama-sama semua ahli keluarga. Anak-anak semua ada memang membuat kita makan pun boleh senyum, tidur pun lena.
Catat Ulasan