Followers

Khamis, 4 Julai 2013

Misi menjejak Misteri nusantara.

Pagi tadi dalam pukul sembilan pagi tiba-tiba ibuintan mengigil bila terpandang sesusuk tubuh sasa yang lalu di luar kelas ketika ibuintan sedang mengajar.  Lelaki itu diiringi oleh seorang pekerja am sekolah. Setelah kelibat lelaki itu hilang, ibuintan terus menelefon pekerja am sekolah tersebut lalu bertanyakan siapakah lelaki itu.  Pekerja am itu memberitahu lelaki itu ialah seorang ustaz yang dipanggil oleh guru besar.  Guru besar meminta bantuan ustaz itu setelah beberapa kejadian aneh yang semakin kerap berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini.  Guru besar takut perkara yang tidak diingini terjadi kepada anak-anak murid yang semakin kerap melihat perkara dan makhluk yang selalunya tidak nampak dimata kasar kita.  Ada rupanya dikalangan anak-anak ini yang berkebolehan melihat makhluk ini yang menurut gambaran mereka sesuatu yang sangat menakutkan.


Bila mengetahui kehadiran ustaz ini maka ibuintan pun memberitahu pekerja am itu supaya bertanya kepada ustaz itu samada ibuntan boleh meminta bantuannya juga.  Selang dua puluh minit kemudian ustaz itu bersama pekrja am tadi datang ke kelas ibuintan, ustaz bertanya bantuan yang ibuintan perlukan.  Ibuintan memaklumkan yang ibuntan sering sakit kepala, mengantuk yang teramat serta selalu rasa lemah badan setiap petang selepas asar.  Ibuintan juga menceritakan bahawa ibuintan menggigil dan berdebar  bila terpandang ustaz pada pertama kalinya di awal tadi.  Terus ustaz berkata bahawa dia juga perasan akan perubahan ibuintan ketika itu.  Menurutnya lagi ustaz nampak benda itu di belakang/bahu ibuintan.  Bila ibuintan tanya lagi 'betul ke ustaz'.  Betul la memang ada tu' katanya lagi. Sambil bercakap ustaz terus melekapkan tapak tangannya di atas kepala ibuintan sambil bertanya 'apa rasa sekarang?  Masa tu juga ibuintan rasa kepala lapang dan ringan sangat.  Pandangan pun rasa sangat terang.


Sempat juga ustaz memberitahu bahawa kawasan hujung kelas tahun satu tu ialah salah satu 'tempatnya'.  Wah... makin kecut perut rasanya.  Namun harapnya tiadalah lagi gangguan  selepas usaha ustaz itu.  


.... tak dapat bayangkan macam mana keadaannya jikalau mata kasar ini dapat melihat makhluk halus tersebut, minta dijauhkan lah... maun pengsan rasanya



6 ulasan:

NzA berkata...[Reply]

risaukan kak jika trjadi sesuatu yang tidak diingini pd kita n anak2 murid...kt sk na pn sama cuma skrg agak trkawal.

Tanpa Nama berkata...[Reply]

asmkm
dia dah nak nompang kat ibu intan.Allahuakbar.
semoga ibuintan sehat dan kuat didlm.

Kakzakie berkata...[Reply]

Cikgu sampai sekarang tak ada panggil ustaz yg pandai utk melegakan suasana. Kalau kakak takutnya nak jalan sendiri kalau macam ini.

Lebih takut kalau boleh sebabkan sakit berpanjangan kan..


Kakzakie berkata...[Reply]

La... kakak ingat N3 semalam. Kisahnya ini lain. Bila kakak baca baru tahu cikgu pun terkena. Eh... seramnya cikgu kalau benda tu ada kat cikgu pulak. Hmm.... patutlah cikgu selalu sakit kepala ye.

Ya Allah... tambah seram kakak dibuatnya

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..harap dengan pertolongan ustaz dan izin Allah semuanya kembali normal

ummiross berkata...[Reply]

Alhamdulillah, mujur juga kebetulan bila ustaz tu lalu ibuintan nampak, bolehlah minta tengokkan sekali.
Syukur dah ok, harap2 lepas ni takde lagi kejadian yang tak diingini.Jaga diri ye.