Wahewan Fariz baru berusia 9 tahun. Belajar dalam tahun tiga. Anak kedua daripada tiga beradik, kesemuanya lelaki. Anak Orang Asli yang dah banyak diajar untuk menjalani kehidupan harian kaumnya. Semalam Wahewan memberi ibuintan 7 papan petai. Semalam juga tidak sempat bertanya tentang petai yng dibawanya.
Hari ini semasa kelas Pendidikan Moral ketika Wahewan dan empat rakan lain membuat kerja bertulis, ibuintan sempat berborak dengannya. Menurutnya petai yang dibawanya semalam ialah petai yang diambil oleh bapanya. Jika hari cuti dia juga turut serta mencari petai bersama bapanya. Dia juga telah dilatih untuk memanjat pokok petai dan telah beberapa kali berjaya memanjat dan menurunkan petai dari atas pokoknya. Bila ditanya 'tak takut ke kalau jatuh? Jawabnya bersahaja 'tak takut, dah biase'. Best cikgu nanti jual dapat duit.... banyak. Bapa saya jual kat Cina. Boleh beli henpon. Saya pun dah ada henpon, bapa belikan. Tapi henpon saya bapa yang guna.
Selain boleh memanjat pokok petai, Wahewan juga mengaku pandai menoreh getah. Dia dah diajar ke kebun untuk menoreh sejak berumur tujuh tahun. Tapi menurut ceritanya juga, abangnya yang di tahun 6 tidak di bawa masuk hutan untuk mencari petai atau menoreh getah sebab abangnya gemuk. Bapanya kata menyusahkan bawa abangnya. Bila ibuintan kata 'untungla abang kamu tak payah masuk hutan' selamba je dia jawab... saya lagi suka masuk hutan dari datang sekolah. Tapi walaupun begitu dia antara anak murid Asli yang rajin datang ke sekolah, jarang sekali ponteng. Memang anak murid yang rajin dan ringan tulang. Dia berada dalam kumpulan sederhana di kelasnya. Boleh membaca dan menulis dengan baik. Dia bercita-cita untuk menjadi anggota polis bila besar nanti. Moga dia berjaya mencapai cita-citanya.
.....
9 ulasan:
Teringat drama 'Petai Untuk Cikgu' lakonan Harun Hashim. :)
Lame x bertandan kat cni....
Semoga dia berjaya mencapai cita2nya...
Sifat pemurah dia tu yg jelas cikgu. Mesti ayah dia yg suruh berikan pada cikgu sebab selalu si anak bercerita tentang cikgu. Dia sayang cikgu.
Bagus Wahewan ni, berdikari, pemurah pula tu, moga tercapai cita-citanya.
kehidupan mrk sgt2 berbeza dgn anak2 kita. Jiwa mrk lebih kental n kuat.
bagus2...pandai berdikari dan pemurah pulak tu...Alhamdulillah..
lurus rambutnya..takde krinting halus ketak ketak
Moga anak ini dapat membantu keluarganya dan tidak melupakan susah payah ibubapa yang membesarkannya. Mungkin dengan mengharungi kesusahan bersama bapanya dia akan lebih menghargai mereka dikala dia dewasa nanti.
Catat Ulasan