Aduhaii... sekolah ibuintan akhir-akhir ni dah banyak pulak timbul cerita siri ala-ala misteri nusantara ni. Banyak dah perkara pelik dan kejadian yang tak dijangka berlaku. Kes tegur menegur istilah pak dukun memang dah kerap sangat di dengar. Tak semena-mena demam, tak disangka-sangka tanpa sebab musabab terus sakit pinggang, tanpa ada sebab yang nyata badan rasa dicucuk-cucuk..,ada yang sakit kepala tiba-tiba, seram sejuk di tengah hari panas. Dah macam-macam yang di dengar.
Kejadian semalam tiga orang murid Anak Orang Asli ke tandas di tingkat paling atas bangunan baharu tidak semena-mena menjerit ketakutan, menangis-nangis mengadu dengan makcik tukang sapu bila seorang daripada mereka mendakwa terlihat satu lembaga yang putih besar dan berbulu tergantung di syiling tandas. Sehingga waktu balik budak itu ketakutan dan hari ini langsung tak datang ke sekolah, menurut temannya budak itu telah demam.
Seorang guru pemulihan khas juga bercerita bahawa kerusi di dalam kelasnya asyik hilang satu atau bertambah dua. Kelas pemulihan khas ini muridnya belajar menggunakan meja cara Jepun yang rendah di mana murid duduk bersila sewaktu belajar. Maklumlah muridnya hanya beberapa orang saja setiap waktu pembelajaran. Sejak beberapa minggu ini ada beberapa kejadian pelik berlaku di kelas itu. Kunci kelas itu hanya dipegang oleh guru itu seorang sahaja. Kali pertama dahulu cikgu itu kehilangan duit syiling yang disimpannya dalam bekas. Yang peliknya tiada kesan orang masuk. Pintu dan tingkap semuanya tertutup dan berkunci.
Keesokannya pula cikgu itu kehilangan dua buah kerusi guru. Dalam kelas itu hanya ada lima buah kerusi sahaja untuk kegunaan rakan-rakan guru yang sering masuk ke kelas itu di waktu rehat. Tapi keesokan hari di dapati dua buah kerusi telah hilang, bila ditanya kepada rakan-rkan yang lain jika ada yang mengambil dan membawanya keluar namun tiada siapa yang mengambilnya. Pagi tadi pula kejadian pelik berlaku lagi bila bilangan kerusi yang ditinggalkan semalam bertambah sebuah lagi. Semalam sebelum balik dipastikan hanya ada lima buah kerusi berwarna kuning di dalam kelas itu tetapi pagi ini bila kelas dibuka terdapat pula tambahan sebuah kerusi lagi tapi berwarna putih. Alahai siapalah yang membawa keluar dan masuk tu! pintu dan tingkap tetap macam biasa terkunci rapat. Mission imposibble betul la..
Ibuintan juga selain tiba-tiba demam mengigil .. pernah juga mengalami perkara yang pelik dan tiba-tiba meremangkan bulu tengkuk. Pernah sekali ibuintan ketika menanti murid masuk ke bilik pendidikan seni di tingkat paling atas bangunan baharu tiba-tiba terdengar suara seperti seseorang menangis teresak-esak sedangkan bilik lain di sebelah menyebelah yang lain semuanya kosong. Bilik di tingkat paling atas tu semuanya ialah bilik-bilik khas sahaja. Hanya di gunakan di waktu-waktu tertentu sahaja. Mendengar bunyi air seolah-olah ada orang yang sedang mandi dalam tandas pun pernah juga. Biasanya cepat je la lari turun.
Malah banyak lagi kejadian aneh yang turut dialami oleh pihak pentadbir sekolah... cuma kami buat seolah-olah tak tahu apa-apa je... buat donno saja. Kita sama-sama menumpang di bumi Allah ni, tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah swt.
.... kelebihan anak-anak kecil ada yang dapat melihat wajah-wajah yang mengerikan (menurut cerita mereka) dan yang dewasa pula hanya dapat merasakan kewujudan mereka dari gerakrasa yang dirasai serta juga kekadang kesan usikan/teguran mereka ... sakit yang datang tiba-tiba dan tidak dapat dikesan oleh perubatan moden
6 ulasan:
Baru sempat singgah jenguk ibuintan, dah tengah malam ni, seram pula baca cerita ibuintan ni, lepas ni nak tido dah, hehe..
Moga dilindungi Allah SWT semuanya, take care ye..
assalam ibuintan..lepas puasa ni boleh buat bacaan yassin beramai2 kat sekolah tu
Seramnya cikgu. Kalau kakak setiap kali nak bergerak mesti nak berteman kalau macam ini gaya. Bilik-bilik kosong yg jarang guna tu nak kena selalu guna cikgu jgn terus biar kosong.
Cuba setiap pagi jumaat adakan bacaan yassin. asingkanlah budak perempuan satu balik, budak lelaki satu bilik jadi bilik tak terus kosong..
Kakak memang penakut cikgu.
@ummiross
hehehe sori Ummie.. moga tak terganggu tidur mu malam tadi
@Acik Erna
memang setiap pagi Jumaat buat bacaan Yassin kak... tak pernah miss sejak awal tahun
@Kakzakie
susah jugak kak zakie... bilik2 khas tu digunakan masa2 tertentu saja... memang jarang naik ke atas tu tambahan di tingkat tiga
memang buat bacaan Yassin setiap pagi Jumaat tp dalam surau
Catat Ulasan