Followers

Selasa, 28 Ogos 2012

Tumbang

Mungkin sebab kepenatan dan tidak cukup tidur dan rehat maka ibuintan akhirnya tewas juga. Sejak semalam badan rasa tdak sihat, seram sejuk, kejap rasa panas kejap pulak rasa sejuk, sejak di sekolah pagi semalam dah merasainya.  Lepas waktu persekolahan petang semalam ada pulak taklimat ringkas tentang program pecutan akhir pelajar tahun enam. Nama saja taklimat ringkas tapi makan juga lebih sejam, menjelang pukul tiga suku petang baru selesai, bedengung kepala menunggu taklimat sampai habis.

Balik dari sekolah terus tumbang nasib baik abahintan dah masak nasi dan tapau lauk dari kedai. Telan paracetamol dan terus lelap sebaik habis solat Maghrib, solat isya sempat buat dinihari tadi saja itupun terjaga sebab nak buang air. Pagi ni kepala makin berat dan hidung makin padat, badan juga masih panas dan rasa sakit-sakit semua sendi anggota badan lalu ambik  keputusan untuk ke klinik pagi ni.

Jika dapat cuti sakit, syukur la .... jika tak dapat terpaksalah isi borang cuti rehat khas esok pagi.  Namun syukur sangat doktor yang membuat pemeriksaan sendiri yang offer cuti sakit, terima kasih doc... baiknya hati doc.   Urusan pun berjalan dengan lancar, ibuintan menjadi pelanggannya yang ke empat,  masih awal pagi  belum ramai pesakit lagi.  Tu sebab kot doc tu offer sendiri cuti sakit tu tak macam selalunya pesakit yang kena minta sendiri. Sejam saja semua urusan selesai.

Alhamdulillah... dengan demam ini ibuintan dapat berehat dan dapat menggembalikan semula tenaga yang banyak hilang sejak akhir-akhir ramadan dan awal Syawal yang lalu. Semuanya ketentuan dari Nya juga.

Mutakhir ini ibuintan post entri menggunakan gajet tab saja, so minta maaf atas kesulitan  dan kesilapan jika ada. Hari ni pun gambar yang dipost lain macam pesen ea, tak jumpa camna cara nak rotate lae.  Kena cuba jaya lg ni


15 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

semoga ibu cepat sembuh :)

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..moga cepat sembuh

Zulfadly berkata...[Reply]

mg cepat sihat ibuintam, rehat secukupnya.

ahmad humairi berkata...[Reply]

seronoklah dapat cuti rehat....mesti 2 hari tu.....bebudak nak pekse UPSR ni....kena ganti cuti pulak yang amik aritu....sabojelaa...

kasihibu berkata...[Reply]

semoga cepat sembuh
rehat dan minum air suam banyak banyak

Maiyah berkata...[Reply]

sy pun bru baik sakit
moga spt sembuh dan rehat
yg byk ya ;)

Ibuhani berkata...[Reply]

Saya pn mc hr ni.....batuk n dmm. Hrp ibuintan cpt sembuh!

Tanpa Nama berkata...[Reply]

minum air kelapa muda

NzA berkata...[Reply]

take care ye kak, moga cpt sembuh....cikgu2 dh mula panaz sbb UPSR dh xlama lagi....

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum my dear Ibuintan:)

Moga ibuintan dah sembuh..
Jaga diri..dan rajin2 makan ubat..
Rest kena cukup yaa kak..
:)

MulutPayau berkata...[Reply]

semoga ibuintan cepat sembuh....

ummiross berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

Dah sihat ke? ummi harap ibuintan dah sihat sepenuhnya. Jaga diri selalu ye..

Alin Marlini berkata...[Reply]

Ibu..makan ubat..supaya sihat cepat

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...[Reply]

kasihan nye..
semoga akak cepat sembuh..

ibuintan berkata...[Reply]

Mohon maaf... terima kasih kepada semua rakan yang sudi meninggalkan komen di catatan ini. mohon maaf sekali lagi tidak dapat membalasnya terlebih awal... alhamdulillah ibuintan kini sihat walafiat ..