Followers

Jumaat, 3 Ogos 2012

Tenggelam timbul.

Lenggang. Daripada sembilan orang ahli kumpulan ni hanya dua orang yang muncul.  Tujuh lagi tak hadir.......... kesemuanya murid orang Asli.


Meja dalam kumpulan ini ada juga yang kosong... dua orang Asli dan seorang Melayu.
Nampaknya bulan puasa ni budak Asli lagi letih berbanding budak Melayu yang berpuasa.
Hampir setiap hari sekurang-kurangnya tiga orang budak orang Asli tidak hadir, tanpa alasan atau sebab yang diberitahu atau dimaklumkan kepada guru kelasnya.
Rasanya semua sekolah yang ada pelajar orang Asli mesti menghadapi masalah sebegini.. masalah kerap tidak hadir ke sekolah.  Ada yang setiap minggu hanya muncul dua hari saja, tak kurang juga yang muncul sebulan sekali.  Tiada tindakan yang dapat dilakukan kerana asasnya yang penting anak orang Asli ini perlu bersekolah, janji mau datang sekolah dan tidak tercicir dari alam persekolahan.  Takut nanti terlebih cakap ke, nasihat ke, apa2 je la... terus tak datang lagi, pihak sekolah dan guru-guru pula yang dipersalahkan....  so suka ati kamu laa.  Yang sakit palanya cikgu-cikgunya... bila kerap tak hadir mestilah pencapaian juga lemah, bila ujian, tak lepas...... nasib cikgu laa.  Masak la ngadap soal jawabnya.


Aiman dan Danial ketika gambar ini sempat dicuri tangkap mereka berdua sedang berbual tentang baju raya... Aiman puasa penuh tapi Danial (memakai jam tangan) dah bolos sehari dengan alasan adik sepupu umur tiga tahun datang ke rumahnya sambil makan aiskrim.... tergoda dengan aiskrim pulak! "rugi cikgu, saya dapat makan sikit je" ceritanya sambil ketawa.  Ye la sebatang aiskrim kongsi berdua....... eskrim Melaysia pulak tu, uwannya buatkan.  Kok eskrim koneto tu okey juga lagi.  Inilah anak-anak harapan keluarga......... baik, cergas dan cerdas.



16 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

tenggelam timbul tak apalah jugak .. jangan timbul tenggelam !

ibuintan berkata...[Reply]

Tonggolam tk timbul lae bahaya kan pakngah

kasihibu berkata...[Reply]

sunyi sepilah sekolah kalau gitu ye ibuintan?
alahai comel encemnya budak berdua tu.. ;p

Kakzakie berkata...[Reply]

Guru kaunseling pun teruk juga nak memantau macam ini kan...

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Selamat berpuasa ibu intan...

NzA berkata...[Reply]

itulah nasib yg kita hadapi.....org atas cuma tau nk prestasi cemerlang tnpa mengambil tahu masalah kita....huhuhu...sabar jelh kak.

Comelnya aiman n danial tu..mesti mrk brdua anak yg bijak....

Zaitun berkata...[Reply]

Salam ibuintan...lama kak Zai tak singgah.

Selamat berpuasa.

Azian Elias berkata...[Reply]

dah lama nya tak ke mari. apa khabar ek??

sal berkata...[Reply]

cantiknya kelas...

azieazah berkata...[Reply]

Kesian cikgu. Kesian cikgu...

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..maso zaman acik sekolah dulu nak orqng asli rajin lk datang sekolh tk ponah ponteng pun..mungkin mso tu dh sekolh monongah

ummiross berkata...[Reply]

Salam ibuintan, lama ummi tak singgah, semoga sentiasa diberkati dibulan mulia ini.

Comelnya budak berdua tu...

MulutPayau berkata...[Reply]

selamat berpuasa utk ibuintan dan keluarga..
Tenggelam timbul tu kira oklah kan ..jangan tenggelam terus...

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam ..

Suka nye tengok telatah budak2 .. =)

Alin Marlini berkata...[Reply]

tak dpt bayangkan kalau kawan2 ty Qayyum psl baju ray sb Mama dia tak beli apa2 lagpun

Outbound di Malang berkata...[Reply]

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...