Ini bukan kelas sains rumahtangga, bukan juga kelas jahitan Kemas, bukan juga sesi jahitan untcuk raya. Ini tugasan yang mesti disiapkan dengan kadar segera. Kalau dah segera maknanya mesti siap sebelum raya. Aduh du du du du ....du du du!! Bukan juga menerima tempahan tapi lebih kepada permintaan daripada seorang majikan kepada orang bawahan.
Bilik kemahiran hidup jadi pusat operasi.
Hari Jumaat dengan bantuan GPK berjaya memotong sebahagian kecil kain.
Maka mulai pagi semalam setiap waktu free akan berada di pusat operasi ini.
Mesin antik tu.... jenuh kaki. Hanya mesin ini yang ada.
Dah puluhan tahun tidak menggunakan mesin enjut kaki ini.
Dah la antik.. bunyi pun ada ala-ala keretapi mel malam.
Tapi bila ditanya pada murid-murid yang sedang belajar 'bising tak?'
"Takde la cikgu, tak bising pun" bila diorang kata tak bising
maka berterusan lah kaki terenjut-enjut.
Kain yang masih belum dipotong......
Bermeter-meter-meter lagi tuuuuuuuuuuuuu!
Tolonggggggggggggg help me!
Tolong potong dan tolong jahit juga ye!
Tolong potong dan tolong jahit juga ye!
Lastnya tanggal kasut...... kaki dah kepenatan.
Alangkah baiknya jika ada para jutawan atau dermawan yang sudi menyumbangkan
ini
ini pun leh jugak! Janji yang bekaran.
Hahaha... berangan yo!
Okey jangan nak berangan, sambung kojo copek. Potong gaji kang!
