Followers

Khamis, 1 Disember 2011

Sudah-sudahlah.... jangan paksa, boleh tak?

Petang semalam rakan tu telefon semula.  Tanya dan desak semula.  Hati pun panas kembali.  Dah hampir lupa kes panas hati minggu lepas, ditimbulkannya semula. DI SINI.  Dah cakap dengan baik saya tak minat nak join dan saya juga tak ada modal sebanyak itu..beberapa ribu RM... dia boleh bagi cadangan lagi... buat loan bank... banyak cantik muka kau, senang dan sedap mulut je buat cadangan buat hutang beribu-ribu semata-mata nak menjadi ahli di bawahnya... mintak maap yo! Dari join dengan duit sebanyak tu lebih baik duit tu buat donpemen beli kete baru, buek hutang yang ado makno... nampak kete sebuah dopan mato!


MLM.  Bisnes  rancak zaman kini.  Saya bukanlah seorang yang anti MLM sepenuhnya,  Saya pun join beberapa syarikat MLM ni.  Saya pun ada jadi ahli, ada yang kata sekali daftar dan bayar yuran dapat jadi ahli seumur hidup.  Ada juga yang saya dah join bertahun dulu tapi sampai kini takde pun sebarang bukti saya jadi ahli.  Tak dapat pun kad keahlian. Kalau tak ada kad keahlian, hanya setakat dapat nombor ahli je tak payahlah.. sebulan dua ingatlah no ahli, dah makan setahun dua.. ghaib , lupa terus.  Nasib baik sebab join bawah rakan dapatlah beli barang  dengan harga ahli di bawahnya, yang lain-lain tak ambil peduli janji bila beli harganya lebih murah

Saya join syarikat yang menjual produk kegunaan harian dan join pun sebab nak guna sendiri produk itu.  Kalau ada teman yang nak, saya tolong belikan.  Bab kena cari sendiri ahli di bawah atau downline, takde masa.  Yuran keahliannya pun yang masuk dek akal saja, dua tiga puluh ringgit saja.  Kalau main ribu raban, no way... main jauh-jauh, cari orang lain. 


//Yang berkempen sampai berbuih mulut tu sebab taget nak jadi jutawan dinasihatkan jangan pilih saya sebagai orang bawahan... kompom anda takkan jadi jutawan segera sebab downline anda 'tido mati'.. tak membantu langsung. 


Sekian, wassallam... moga Pn ****** berjaya mengejar impian sebagai salah seorang jutawan Melayu di Malaysia  ini tahun depan. (taget dialah)





41 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Kakcik pun tak suka kalau dipaksa2 macam tu. Lagipun yang untung dia, bukan kita.

Unknown berkata...[Reply]

masih tak habis2 dia merayu..

ibu.. harap2 lepas nie jgn dia kembali menganggu..
ayu pun tak suka MLM

PS: mana address ibu intan.. plzz

CIKGU NAMAN berkata...[Reply]

agak² puan ** tu baca tak...ehe

Unknown berkata...[Reply]

SALAM,
BETUL TU, MENGAPA NAK DESAK2 ORANG ! SETUJU DGN PENDIRIAN IBU

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

saya paling tak suka MLM ni

Wassalam

pizet berkata...[Reply]

x paham bahasa la orang join mlm ni ya...kena kata x nak 50 kali baru paham kot

Kak Amy berkata...[Reply]

amy paling x suka di paksa atau memaksa..suka buat dengan rela...kalau ada yang memaksa amy just ignore je..


p/s: jom sertai contest sinar raudah

Ateh Nour berkata...[Reply]

Sallam Ibuintan,

Ha ha ha Samalah kita,
Lawat blog saya, tengok apa ada sana..

Pelaburan ribu raban....

MulutPayau berkata...[Reply]

saya pun paling tak suka orng yg suka memaksa.....memang sakit hati layan karenah orng macam ni...

ibundo berkata...[Reply]

hikhik.. nak tegolak pun ado. Kakpah dah selalu dah tekono camni. diorang ni kan bu, tak ghoti malu. selagi dio tak dapek kito, selagi tulah dio morengek. buek kito bonci amek-amek.

Yang lobeh nak tegolak tu, orang yang ajak kito jadi downline tu, yang cakap e juta-juta tu, datang mo keto kancil yo...

kpah cam ibu gaklah, jadi ahli sobab nak hargo murah. Sobab nak pakai sondiri. Lobeh e tu.. tido.

pedulik an yo lah kawan tu. lamo-lamo sok bosan lah de. kok tak pun, kalau dio talipon, buek-buek binga.....h'a? apo? tak donga lah. line tak clear...
lopeh tu lotak talipon. Memang bekosan sobab kpah selalu buek kahkah..

kaklong berkata...[Reply]

sokong komen kakpah...
kahkahkah!!

ummiross berkata...[Reply]

Hehe nak tergelak jugak dengan ayat ibuintan tu, down line "tido mati", ummi pun kategori tido mati jugak ni,tak reti cari down line,hihi..

sal berkata...[Reply]

klu kita tak minat..
tak payah pujuk rayu, yek..
moga dia faham..

NzA berkata...[Reply]

baik kitA hilang kwn dari trpedaya kak....saya pula jadi geram bila baca n3 ni......mmg xpatut desak org demi kepentingan diri sndiri....

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik... memang dia yg untung.. kita dapat hutang


bab main paksa2 tu yg buat saya tensen tu

ibuintan berkata...[Reply]

tu lah Ayu 'janganlah aku di rayu' memang dah naik menyampah kelas enam dah ni...


alaa lupa lah Ayu, k nanti send kat emel

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Naman... entahlah, kalau nengok gaya tak sempat kot nak baca blog2 ni....sibuk ngira duit juta2..hahahaha

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Dato,

dah berkali2 dia mendesak tu yg makin sakit ati tu... tak paham2 lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Atuk... saya tak semua tak suka, yg tertentu saja... yg entah jual apa2 dan janji yg entah apa2... ni yg memujuk rayu ni masuk kategori yg entah apa2 lah ni

ibuintan berkata...[Reply]

Pizet... 5o kali pun lom tentu paham, selagi dia tak jadi jutawan

ibuintan berkata...[Reply]

Amy.. macam tulah juga ibu ni, dipaksa dan memaksa memang bukan sikap yg ibu suka



insyaallah nanti cuba tengok, layak ke tak nak join contes tu

ibuintan berkata...[Reply]

LL... sama gak ke nasib kita, yes nanti saya smpai sana tu

ibuintan berkata...[Reply]

MP... sakit dan terbakar hati ni sekali, keras batu kepala hotaknya

ibuintan berkata...[Reply]

KakPah... dh buek binga dah, bia dio bingai pulak

ibuintan berkata...[Reply]

Long... yo la tu...

golak bosa kau yo, siapaleh.. muahahahaha

ibuintan berkata...[Reply]

Ummi... sah tido mati, nasib upline lah


jual batik takyah downline kan... terbaik

ibuintan berkata...[Reply]

Sal... harap2nya dia pahamlah lepas ni, tiada kontek2 lagi lepas ni

ibuintan berkata...[Reply]

Nza... geram tu lah yg akak hadapi kini, tak paham2 wlhal dulu belajar kat u

Zaitun berkata...[Reply]

Orang yang kemaruk nak jadi jutawan memang muka tak malu selagi dia tak dapat selagi itulah didesaknya,bolayan aje....

Tijah berkata...[Reply]

hehehe. sey dah bapo byk putuih kawan sbb ni. lantak la haih. kok boto kawan takdo nyusahan kawan doh kan?

Azian Elias berkata...[Reply]

ibuintan,

diam kan je.. saya dah lali..macam2 ckp kat saya pls biz. saya kata saya tak nak.. saya dah ada biz sendiri.. ehhhh.. degil gak.. so baik diam kan je.. jangan layan..

sud@is berkata...[Reply]

pening kepala semak perut kalu jumpa kempen2 cengini

azieazah berkata...[Reply]

Tension kan kalu asik dok desak-desak.

Sorang sedara saya pun pernah excited macam tu juga. Siap kata, “nanti aku pakai keta Mercs, korang jangan terliur pulak.”

Amboiii bukan main yakin lagi.

Tapi sampai skang, dok tumpang keta bini jugak.

Tanpa Nama berkata...[Reply]

salam ada saudara saya bodoh laki bini joined. siap amik loan bank beribu. apa benda stok mlm tu jual , murah , tak lulus punya benda. sluar dlm pasar mlm lagi elok qualiti.
pendeknya paksa mak sendiri yg tengah sakit amik loan. sib baik bank tolak. hidup laki bini songlap pencen bapa, utk makan laki bini mak sendiri terabai..
lantaran nak jimat duit baham pencen bapa, patutnya milik ibunya utk makan, dan ada pantang banyak benda tak boleh amik. dia
semua nya bahana MLM. aBOUT TIME TANGKAP TOKEH MLM NI DAN PENJARA KAN. HARAMKAN MLM

Tanpa Nama berkata...[Reply]

PORKAN PERGERAKAN MLM NI DI SINI
http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/home




Hotline : 1800-886-800 | Tel : +603-8882 5500 | Fax : +603-8882 5762

E-mail : webadmin@kpdnkk.gov.my

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No 13, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62623 Putrajaya,
Malaysia

http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/peniaga/pembangunan-jualan-langsung/sykt-jualan-langsung


http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/peniaga/pembangunan-jualan-langsung/sykt-jualan-langsung

AMIK NO LESEN EJEN TU..

al-lavendari berkata...[Reply]

saya pun benci orang yang mendesak nak suruh join ni .. kita bagi peluang dia masuk rumah kita dan dengan taklimat dia pun, patutnya dah terima kasih.

hari ini saya pergi kenduri kat Terachi. Jemput lihat entrinya di blog saya.

Ibuhani berkata...[Reply]

Susah kalau org x faham bahasa cam ni....ckp jer-DEN X NAK JOIN MLM ni.....ekau ni faham ko x??? Ke mmg dia x faham bahasa melayu, ibuintan.... :)))

azlina berkata...[Reply]

assalamualaikum kak...

bermacam2 tektik di gunakan sekarang ni kan kak....berjaya kerana telah menipu dan menindas org lain...maksud ina menindas ialah cara mereka memaksa sehingga kita tak sempat utk berfikir sejenak atau menolak pelawaan mereka...
bagi ina beruseha utk kejayaan adalah baik tapi biar dengan cara yang betul dan tidak menyalahi agama....amalan juga kena seimbang dunia dan akhirat....didikan terhadap anak2 juga adalah amanah di bahu kita...
tak mahu sibuk mencari duit perkara lain di abaikan terutama tugas kita sebagai hamba Allah serta pembimbing anak2 ke jln yg benar..
wallahualam....

kasihibu berkata...[Reply]

ibu intan di mana? seminggu bercuti dan menyepi holiday trip dgn keluarga ke?

kasihibu berkata...[Reply]

ibu intan di mana? seminggu bercuti dan menyepi holiday trip dgn keluarga ke?

Tanpa Nama berkata...[Reply]

[url=http://is.gd/co5g6s][img]http://stomsk.ru/pics/spymobile.ol1[/img][/url]
[url=http://archive.org/details/brisostumidd]Intercept Sms On Blackberry[/url] [url=http://occupysanfernandovalley.webs.com/apps/profile/109034678/]How To Install Spy On A Cell Phone [/url] [url=http://beyondthelivingagatheringplace.webs.com/apps/profile/109034678/]Connect Surveillance Camera Cell Phone [/url] [url=http://thepianokid.webs.com/apps/profile/109034678/]Cell Phone Spyware Software Free [/url] [url=http://archive.org/details/atgutohun]International Spy Museum Dc[/url] http://worldwariiasia.webs.com/apps/profile/109034678/ message monitoring spy software for iphone text spying apps track your phone using gps free spy software for mobile calls can you spy on a phone without installing software
Best Phone Tracker App Free
International Spy Museum Online Store
http://www.islamicbookhouse.net/index.php?option=com_zoo&task=item&item_id=105 http://forum.superomatic.tv/viewtopic.php?f=2&t=637704&p=962031#p962031 motorola mobile phone tool gratis himym season 8 episode 1 megavideo iphone monitoring without jailbreak spy vs spy cartoon youtube trace a mobile phone number for free uk
[url=http://archive.org/details/browothamoph]Tapping Cell Phones Spyware[/url] [url=http://archive.org/details/fopoundila] Track A Cell Phone On A Map [/url] [url=http://gmolabeling.webs.com/apps/profile/109034678/]Android Text Spying Apps [/url] [url=http://archive.org/details/saumultano]Mobile Phone Gps Navigation Review[/url] http://xan700.webs.com/apps/profile/109034678/ spy video camcorder digital camera watch how to find out who owns a cell phone number for free cell spyarsenal crack how to spy on someones text messages for free how to monitor kids cell phones