Followers

Ahad, 25 Ogos 2013

Dari jamuan raya menjadi kenduri doa selamat.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis yang dirancang  secara tiba-tiba.  Tengah hari semalam ibuintan mengadakan kenduri doa selamat. Secara kecilan sahaja dan tetamu semuanya terdiri daripada kalangan teman sekerja serta keluarga mereka sahaja.  Selain mereka ibuintan juga menjemput jiran sebelah menyebelah rumah, jiran terdekat sahaja. Majlis bermula sebaik semua rakan-rakan  sampai, bacaan doa diketuai oleh ustaz Zul yang juga rakan sekerja.  Kenduri  ini awalnya adalah majlis jamuan hari raya untuk semua rakan sekerja tetapi oleh kerana salah seorang tetamunya ialah ustaz, maka ibuintan  menukar tajuk jemputannya ke majlis bacaan doa.  Doa selamat ini untuk Along yang berjaya melanjutkan pelajarannya.  Along akan mendaftar pada 1hb September ini, jadi kami dah kesuntukan masa untuk membuat majlis yang lain.

Semalam juga hari sekolah ganti sempena cuti hari raya lepas.  Sempena sekolah ganti ini pihak pentadbir sekolah telah mengambil kesempatan dihari cuti bagi ibubapa dan penjaga murid ini untuk mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat untuk semua anak murid yang akan menduduki UPSR. Selepas itu diikuti majlis sambutan hari raya bersama semua warga sekolah dan ibubapa. Jadi selesai majlis disekolah semua rakan-rakan sekerja dijemput pula ke rumah ibuintan.

 Menu  yang pelbagai jenis adalah sumbangan ibubapa selain pot-luck dari kalangan guru dan staff sekolah.



Disebabkan disekolah dihidangkan dengan pelbagai menu dan kuih raya jadi di rumah, ibuintan menyediakan makan tengah hari. Ibuintan terpaksa memasak bermula sebelum subuh lagi.  Sementara semua persiapan terpaksa dimulakan malamnya lagi. Selesai memasak bergegas pula ke sekolah. Sepeninggalan ke sekolah, suami serta dua orang anak bujang yang terpaksa menyediakan apa yang patut.  Tanpa menunggu majlis tamat ibuintan terpaksa meninggalkan majlis jamuan disekolah, bergegas balik untuk menyambung masak dan menghidang untuk majlis di rumah sendiri pula. Nasib baik lauk sempat dimasak waktu pagi sebelum ke sekolah, yang tinggal hanya untuk menggoreng ayam serta nugget selain memotong buah untuk rojak buah. Menu simple ibuintan untuk majlis ini ialah kari daging, rendang pucuk paku, gulai sotong dan ayam goreng berempah. Pemanis mulutnya hanya sempat membuat bubur pulut hitam sahaja.  Selain itu biskut raya yang masih berbaki.


Tetamu dikalangan adik ipar pula datang agak lewat sebab masing-masing terpaksa menunggu anak balik dari sekolah. Tetamu yang terakhir  ialah keluarga adik ipar iaitu Usu Hamdan yang tiba pukul empat setengah petang, waktu mereka sampai tuan rumah dah tumbang... tidur kepenatan teramat.

 Syukur, semuanya berjalan lancar. Moga semua rakan-rakan yang sempat hadir berpuashati dengan masakan yang disediakan. Kerana kesibukan melayan tetamu, sayang sekali tiada sekeping  gambar pun yang dapat diambil sebagai kenangan.




10 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

Alhamdulillah ibuintan..selesai majlis..senang hati kan..

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna

betul kak... walaupun ringkas tp hajat dah tertunai..syukur sangat

MulutPayau berkata...[Reply]

Lega kan bila semuanya berjalan lancar....

Kakzakie berkata...[Reply]

Terkejar-kejar cikgu demi kepuasan semua. Syukur ada kerjasama semua pihak..

Ibu Lala berkata...[Reply]

Wah bestnya. Botol susu pun ada..

ibuintan berkata...[Reply]

@MulutPayau

memang lega sgt MP.. semua berjalan lancar wlaupun penat

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie

memang sangat terkejar2.. jamuan sekolah pun sy juga yg urus tu yg tak boleh ambil cuti.. nasib baik semua membantu dan berjalan lancar spt yg dirancang

cuma penatnya tak dapat nak katalah macam mana

ibuintan berkata...[Reply]

@Ibu Lala

hehehe botol susu ada sbb bebi pun ada

tajam betul pandangan mata Ibu Lala, boleh botol susu yg jd targetnya

sal berkata...[Reply]

banyak urusan...apabila dah selesai, ringan sikit rasanya..tahniah kerana dpt menjayakannya..

diana berkata...[Reply]

tak pe la..kenangan tu terpahat dihati..hehehe