Followers

Rabu, 11 April 2012

En. Raub b. Nordin - selamat bersara.


Semalam 10hb April. hari terakhir En Raub b. Nordin sebagai seorang kakitangan kerajaan.  Semalam hari terakhirnya sebagai seorang guru, khasnya sebagai guru besar di sekolah ibuintan.  Majlis persaraan beliau semalam berjalan dengan lancar.  Seronok kami sebagai orang bawahan beliau menguruskan majlisnya, kami berharap majlis semalam menjadi kenangan indah dan abadi untuk beliau.

Persiapan untuk majlis persaraan ini bermula pada hari Isnin lagi.




kad ucapan dari setiap kelas.





persiapan dewan


menghias kereta


 Jagung rebus sumbangan seorang penduduk setempat yang sangat rapat dengan pihak sekolah. Pak Lang Endek ... terima kasih banyak-banyak.

Pak Lang endek (berbaju putih) seorang OKU yg sangat mesra dan dekat dengan warga sekolah dan semua murid.


Sedang menyampaikan ucapan ...  dalam gelak tawa, usikan dan kata nasihat untuk semua terselit juga kesayuan dan kehibaan dalam nadanya.

Memotong kek bersama isteri yang menjadi tetamu khas. Isterinya merupakan rakan baik ibuintan sejak disekolah, kami berkawan sejak dari darjah satu hingga tingkatan lima manakala En Raub pula selain ketua ibuintan beliau juga merupakan bekas guru abahintan semasa di tingkatan dua dan tiga dahulu.




Selesai ucapan semua yang hadir termasuk murid menikmati jamuan makan.  Semua enjoy.


Diikuti penyampaian hadiah dan cenderahati.


Majlis dalam dewan di akhiri dengan menandatangani buku kedatangan rasmi sebagai penjawat awan buat kali terakhir.



Dari dewan gb diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang hingga ke kereta yang menunggu khas di pintu pagar sekolah.



Selamat bersara cikgu! Moga kesihatan cikgu bertambah baik setelah tidak lagi memikirkan tentang tugas dan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam.


Mood bersalah ; mohon maaf  dah la sesekali buka blog tapi sekali buka panjang berjela pulak .. 


12 ulasan:

NzA berkata...[Reply]

Selamat bersara Cikgu Raub...semoga cikgu diberi kesihatan yg baik utk brsama2 keluarga.......

Meriah tu majlis prsaraan...

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..kesayuan mesti ada..setelah lama berkhidmat..

kasihibu berkata...[Reply]

Alhamdulillah selamat bersara seorang kaki tangan kerajaan dengan jayanya

ibuintan berkata...[Reply]

memang meriah rasanya, kami cuba buat yg sebaik mungkin...

En Raub ni ada masalah buah pinggang, setiap dua hari buat hemodialisis

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam kak... memang sayu dan hiba juga beliau, maklumlah 35 th berkhidmat

ibuintan berkata...[Reply]

ya sya.. beliau berjaya bersara dlm usia 56 th, beliau tak menyambung pkhmatan sbb tak sihat

ummiross berkata...[Reply]

Hehe..Tengok just retired tu teringat Mat Salleh suka tulis kat belakang kereta just married!

Selamat bersara buat En.Raub dan semoga kesihatan semakin baik!

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam..

Nak wish jugak laa.. Selamat bersara, jasa beliau pasti akan dikenang.. :)

Alin Marlini berkata...[Reply]

selamat bersara cikgu..meriah sangat

ibuintan berkata...[Reply]

ummie... tu adik praktikum lah yg buatkan tu, bab menghias kereta tu pun mereka juga

ibuintan berkata...[Reply]

trima kasih Adol... insyaallah pasti ada bekas anak mrd dan staff yg sentiasa mengenang beliau nanti, jasanya tetap akan dikenang

ibuintan berkata...[Reply]

Alin, supaya majlis itu menjadi kenangan akhirnya dlm dunia pendidikan