Followers

Khamis, 16 Februari 2012

Terimalah aku seadanya.

Alhamdulillah... syukur dapat mencoret semula di blog ini.  Lama juga menyepi.  Awal tahun yang sangat sibuk lalu membataskan saya untuk berblog.  Namun bukan tidak berkesempatan langsung membuka dan merayau ke blog rakan-rakan.  Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga tidak... sebenarnya hampir setiap malam juga saya mengunjungi blog dan membaca entri rakan-rakan. Namun saya selalunya masuk melalui gugel dan hanya menjadi pembaca senyap saja , tidak seperti selalunya meninggalkan komen.


Saya tidak meninggalkan jejak sebab tidak mahu rasa bersalah sekiranya rakan mengunjungi blog saya semula namun tiada entri baru di sini.  Banyak yang mahu dikongsikan namun masa amat terbatas.  Pernah juga terfikir untuk menutup terus blog ini tapi timbul pula rasa sayang.  Rasanya blog ini banyak juga jasanya pada diri ini  terutama  ianya menjadi medan melepas tekanan, ada masanya terasa lega sangat bila dapat meluahkannya di sini walau cuma dalam cara berkias atau tidak secara langsung.


Minggu lepas, seorang rakan sekampung, kami tidaklah rapat sangat... menegur saya dan bertanya kenapa dah lama tak menulis di blog ini.  Terperanjat juga, tak sangka rupanya ada juga orang kampung saya yang sentiasa mengikuti blog ini.  Rasa tak percaya juga tapi bila banyak juga entri yang disebutnya barulah saya yakin rakan ini selalu mengikuti blog ini.  Saya tanya kenapa tidak pernah meninggalkan komen atau jejak, jawabnya; dia malu  lagipun dia tak ada blog.


Saya menyuarakan juga cadangan untuk menutup blog ini namun rakan itu membantah.  Menurut katanya lagi dia sampai blog ini melalui anaknya yang juga bekas anak murid saya, anaknya juga selalu mengunjungi blog ini.  Saya katakan bahawa blog saya ini sekadar tempat saya menulis sesuka hati, bahasa pun kekadang ada yang tak mengikut law bahasa, ada juga yang ke laut bunyinya... kalau dibaca oleh pakar bahasa pasti direjeknya...'tulis ye kak, balun yo' katanya dalam bahasa kampung pekat........ hahahaha togolak bosa den!


Namun sejujurnya pada awal saya berblog,saya  sangat berharap agar tiada orang yang mengenali saya yang membaca blog ini.  Saya tidak pernah memberitahu sesiapa yang saya kenal tentang kewujudan blog ini.  Saya mahu bebas menulis dan mencoret di sini... bebas ikut suka hati, menulis dan bercerita tentang apa saja. Namun tanpa sedar, sudah ramai juga rupanya teman sekerja yang sedar kewujudan blog ini.  Setakat ini mereka memberi komen positif dan membina... terima kasih.


Namun mujur setiap coretan saya kalau ada yang mengikut emosi pun masih dalam emosi yang terkawal, saya seboleh mungkin akan cuba tidak melibatkan nama orang lain dan seboleh mungkin juga akan mengawal bahasa agar tidak terkeluar perkataan yang tidak sedap dibaca.  Walaupun ini blog saya dan saya bebas berbuat sekehendak hati namun sebagaimana diri saya sebenarnya, saya sentiasa berharap agar bahasa saya sentiasa dalam beradab walaupun ketika hati tengah panas dan bergelora.


Maka mulai  semalam, saya pun bermulalah membuka kembali blog ini, semalam sekadar memberi salam tapi masih tak berkesempatan menulis panjang.  Terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Zakie,  YB, Pak ngah Hamzah  komensen, Sya Kasih ibu, Kak Erna, Ustaz Razak, Zul Permatang Badak, Kak long dan Kak Ani Kunang2 yang perasan dengan kemunculan semula blog ibuintan.  Terima kasih semua.  Kepada rakan sekampung juga terima kasih sebab memberi semangat  kepada saya untuk menulis semula.







22 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

samo-samo .. ese pun lebih kurang sama. kadang2 berperang dengan perasaan sendiri. akhirnya "balun yo"

Zulfadly berkata...[Reply]

salam ibuintan, sungguh lama menghilang, rasa rindu dengan coretan ibuintan, selamat kembali, jgn tutup! saya suka baca, terubat rindu dekat mak saya bila balik sana nanti.

Ayu berkata...[Reply]

Jangan sekali give-up Kak, pada sesuatu yang akak suka...:) Tapi, mmg terharu kan, bila ada org tanya napa dah tak menulis blog. Perkara sama jadik ngan saya.Hampir setengah tahun saya give up hari tu, tetiba tergerak hati bukak blog, rasa terharu sgt terpandang komen seorang sahabat blogger yang bertanya, kenapa saya sepi tanpa berita? :)

NzA berkata...[Reply]

lamanya akak menyepi..miss you so much....terus menulis ye kak...

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Selamat kembali Ibuintan. Semoga ukhwah yang kita bina tetap akan berpanjangan. :)

kaklong berkata...[Reply]

osah ea lak ai...dio suh balun yo...miahahahah...!

MulutPayau berkata...[Reply]

saya pun tertnggu2 ntry baru Ibuintan..dan Alhmdulillah, akhirnya kembali menulis semula...

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalauamualaikum my dear Ibuintan:)

WELCOME BACK SIS!!
;)

ibuintan berkata...[Reply]

Pak ngah... pun balun gak ko! Tapi balun PakNgah balun berisi, tu sebab saya rasa rugi kalau termiss entri terbaru Pak ngah... entri cukup rasa

ibuintan berkata...[Reply]

Zul... insyaallah akan terus menulis dengan izinNya

terima kasih sudi datang membaca

ibuintan berkata...[Reply]

Miszaura... tak give-up, akan teruskan walau ada kekangan masa

terima kasih sudi datang ke laman ibuintan

ibuintan berkata...[Reply]

Nza... insyaallah, miss you too


akan cuba teruskan semula

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik... insyaallah moga kekal n berpanjangan

moga kakcik sihat dan gembira selalu

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... yo, balun yo apo yg teragak, nak balun pun kekadang susah gak kan

ibuintan berkata...[Reply]

MP... sepi sebab terlalu sibuk dan dalam angan2 nak stop terus juga sebenarnya.. rasanya tak jadilah


terima kasih ye sudi beri sokongan

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Tinie.. yes, i'm back

miss u too

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Barulah seronok bila berblog semula ibuintan. Terasa meriahnya. Kakak ingatkan berhenti sejak kena short-circuit masa guruh tahun lepas tu terus abahintan tak mahu beli baru - kesian juga dia dgn aanak-isteri eh.. dia pun mesti guna juga kan...

ummiross berkata...[Reply]

Ibubintan...seronok rasanya melihat ibuintan muncul kembali. Jom meriahkan dunia blog, sedikit sumbangan dari kita mungkin tetap ada manafaatnya.Teruskan menulis sambil menjalin ukhwah.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Apa khabar? ibu intan windulah. welcome back, kedatangan ibu intan dialu-alukan
: ),

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Apa khabar? ibu intan windulah. welcome back, kedatangan ibu intan dialu-alukan
: ),

sal berkata...[Reply]

kita pun tak perasan sebenarnya siapa yg baca blog kita melainkan ada tinggalkan komen...saya pun sama, tak suka rakan2 dekat tahu yg saya berblog..tpi ada juga yang tahu..hehe..

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie, cik ina, umiros, sal... thanks a lot, love u all