Petangnya pula abahintan menaiktarafkan kerusi kayu yang terletak di beranda luar. Kerusi kayu yang telah kusam warnanya tiba-tiba menjadi cerah bersinar semula.
sebelum
Telah bertukar kaler ke warna kuning oren. Rasanya kat kedai perabot pun tak jumpa warna ni. Kerusi berkusyen ini masih elok walaupun umurnya sebaya dengan Along, hampir 19 tahun, abahintan membelinya ketika Along dalam kandungan waktu itu. Ketika itu juga kami tinggal di kuaters guru di sebuah kawasan Felda. Kerusi ini masih elok berkat jagaan yang baik daripada abahintan. Rasanya dah beberapa kali juga bertukar warna. Kusyennya juga masih elok dan padat lagi. Dulu tempatnya diruang tamu tapi kini dah berpindah ke beranda di luar pula. Menjadi tempat duduk untuk bersantai2 atau untuk tetamu yang datang tetapi tidak mahu masuk ke dalam rumah.
Hahaha... hanya tangan abahintan yang kelihatan sedang bekerja, tuan punya tangannya tidak perlu ditonjolkan, bekerja tanpa berbaju... buruk bona ghupanya, malu sey! Ketika saya membuat catatan ini abahintan sedang menyambung operasi mengecat kerusi kayu untuk tiga tempat duduk pula. Petang semalam tidak sempat menyiapkannya kerana hujan turun dengan lebatnya. Kerusi ini setelah dicat harus dijemur supaya kering dengan cepat dan sekata.
Terima kasih my suami.... macam nak raya pulak rasanya. Tadi akak sedara sebelah rumah datang bertandang pun cakap begitu... 'macam nak ghayo'. Memang abahintan amat suka dengan kerja-kerja begini, jimat belanja tak perlu membayar upah.
14 ulasan:
hehehe...tak payah tunggu raya , dah kemas bling bling jadinya
kak memanglah perabot yang lama lama ulu sangat berkualiti, cuba tengok yg sekarang? tak tahan lama sungguh kayu dah patah
bertuahnya akak dpt suami yg rajin mcm ni....mesti brseri2 rumah akak skrg ni...
Kalau suami sy la wat kerja mcm ni mesti anak2 akn trtanya2.."Kenapa dgn ayah tu bu????"..ha.ha.ha.....
semua nampak baru...
Menantu siapaaaaalah ni...
:D
mesti berseri2 rumah ibuintan.....mmng betulkan..mcm nak raya...
ibuintan..alhamdulillah..mudah kojo ibuintan..nak rayo nanti semua dah nampak baru dan bersih..
Sallam ibuintan,
Warna oren, sungguh cantik dan berseri..raya tak lama lagi 6 bulan je dari sekarang. Bulan puasa tak payah nak sibuk cat mengecat lagi, lap aja..
hahahah..
samo lah dongan my suami,kalau buek kojo jarang nak pakai baju...
kihkihkihhhh!
untung ibu dpt suami yg ringan tulang buat kerja rumah kan..
selamat kembali berblog ibu
Ni lah baru best, suami isteri bekerjasama, hari2 pun boleh raya ni ibuintan,hehe..
Siapa tak suka yg kusam jadi cerah, yg berhabuk dan bersih memancar... sesekali kalau sentuhan org lelaki memang rumah lebih bersih ibuintan... mereka sebenarnya lagi teliti kerjanya.
Kerusi lama memang lebih tahan ibuintan, rumah bapak kakak tu kakak dari zaman kakak masih sekolah sampai sekarang ada lagi tapi kami letak di ruang sebelah kerusi makan. Rumah kg kan luas...
yg lama pun blh nmpk berseri cantik kan...
xyah membazir..kene rajin sikit jer kan... :)
memang syok kalau asben sama2 nk bekerjasama ngan kita dalam menghias rumah.Barang lama kalau dicat terus nampak baru so dah jimat disitu.
wah, berseri kembali ye..
operasi besar-besaran sebelum nak 'ghayo'
Catat Ulasan