Followers
Selasa, 21 Februari 2012
Jin dipanah petir?
Pokok kelapa inilah sasaran utama kejadian panahan petir pada awal bulan Disember tahun lepas.
Panahan petir ini juga yang menyebabkan telefon rumah, modem wifi serta astro di rumah ini terbakar. Pokok kelapa ini terletak di luar pagar hadapan rumah bersebelahan pokok cempedak. Beberapa meter saja dari rumah saya. Pokok kelapa ini sentiasa berbuah lebat. Inilah pokok kelapa terakhir tanaman arwah abah yang masih ada, pokok yang lain sudah ditebang demi keselamatan sebab sudah tinggi melepasi bumbung rumah. Makin kelihatan daunnya yang merah terbakar dari sehari ke sehari.
//benarkah pokok kelapa pokok yang digemari oleh jin... tu sebab pokok kelapa selalu dipanah petir walaupun ada pokok lain yang lebih tinggi berhampirannya ... kata orang tua-tua laa!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Salam.
Teringat masa kecil di kampung, selalu ada pokok kelapa yang sebegini.
Betulkah ada jin yang menghuninya?
TQ
mungkin juga kot kak...biasanya pokok2 tinggi yg jadi sasaran....
Beberapa hari lalu selepas hujan lebat, talian telefon dan streamyx di rumah kakcik mengalami masalah juga hingga tidak boleh digunakan. Mujur juga masih ada talian Unifi.
baru tahu jin groma kek pokok kelapo...huhuhuuuu...!
Salam ibuintan.
Tp betullah kan pokok kelapa selalu kena panah petir. Mgkn sbb tinggi kot....
Masa kakak kecik-kecik dulu pun kalau hujan org tua-tua memang tak bagi berteduh bawah pokok kelapa - sama kata ibuintan petir suka sambar pokok kelapa, tapi hakikatnya biasanya pokok kelapa kan ke lebih tinggi dari pokok yg lain itulah dia kena dulu...
sya takut bunyi guruh dan petir, petang semalam masa memandu tetiba kilat dan petir, terkejut sungguh.
assalamualaikum ibu
dr haron din kata pokok ciku yg digemari jin..bukan kelapa huhuhhhh
kuat sungguh panahan petir..lelama pokok kelapa tu pun togel tak berdaun..
Mintak2 kita semua dijauhkan drp musibah..amin
Salam ibuintan...baru berkesempatan menjengah.
Dulu kat kampung kak Zai pun macam tu banyak pokok kelapa yang dipanah petir.
Sallam Ibuintan,
Sebab itu orang dulu2 nak halau jin guna mayang kelapa agaknya...
Assalamualaikum ibuintan...
Masa kecik2 dulu sllu nmpak pkok klapa macam ni di kg...mngkin pokok klapa lebih tnggi dari pkok yang lain...
Assalamualaikum ibuintan....yang saya tahu kalau petir kuat besar jin dia panah
Assalamualaikum ibu Intan baru2 pokok kelapa rumah saya di panah petir.
Habis buahnya jatuh...boleh ke kita makan buah kelapa yg di panah petir.
Catat Ulasan