Followers

Sabtu, 10 Disember 2011

Berhenti berblog.

Hari ini genap seminggu semua isi rumah berada dalam tempoh didenda. Tempoh yang mengasingkan diri dengan dunia teknologi it dan dunia luar. Semuanya gara-gara kecuaian dan sikap tidak ambil kisah anak-anak dengan  banyak teguran, leteran dan peraturan yang diberikan.  Mereka cuai dan sebagai ganjarannya seisi rumah mendapat denda.  Denda agar lebih ambil berat dan prihatin selepas ini.


Aduhai... lain benar rasanya.  Banyak benda yang hilang rasanya.  Sunyi dan serba tak kena jadinya bila perkara yang biasa dibuat tapi kini terpaksa dilupakan.  Entah bila denda ini akan berakhir,  semuanya bergantung pada ketua rumah ini... siapa lagi kalau bukan abahintan. Nasib baik ketua pun tidak terkecuali dari denda.

Kejadian berlaku petang hari Jumaat seminggu yang lalu.  Kami berempat kecuali Along berada di rumah adik ipar yang membuat kenduri berkhatan anaknya.  Hujan turun dengan lebatnya beserta kilat dan petir.  Along tinggal bersendirian di rumah ketika itu.  Siaran astro memanglah dah hilang waktu2 hujan begitu, tv telah di offkan tapi suis tidak ditutup dan dicabut.  Along leka bermain game dihenfonnya hingga terlupa untuk menutup dan mencabut suis modem wifi juga,

Tiba-tiba kilat dan petir menyambar dengan kuat hinggakan Along merasakan renjatan daripada henponnya.  Nasib baik juga Along segera mencampakkan henfon ditangannya. Along ketika itu duduk berhampiran tv dan telefon rumah serta modem wifi. Menurut Along tangannya kebas untuk beberapa minit selepas itu. Cerita Along yang ini yang membuatkan abahnya sangat marah, nasib baik tidak berlaku perkara yang buruk kepadanya.


Panahan petir dan kilat menyebabkan telefon rumah, modem wifi serta alat penerima siaran astro terbakar. Sejak itu telefon rumah, intenet dan tv tidak berfungsi lagi.  Telefon rumah tak kisah sangat sebab henfon ada gantinya, yang dikisahkan sangat ialah internet dan tv. Padam semua.

Pujukan dan rundigan untuk memulihkan semula modem wifi dan astro belum berjalan lancar.  Abahintan masih belum beri respon. Yang membuatkan abahintan marah ialah kerana  ini adalah kali kedua modem wifi ini terbakar. Sebab yang sama seperti kali pertama dulu juga... suis dan plug tidak ditutup dan dicabut, tambahan baru beberpa bulan perkara itu berlaku.  Sedangkan itulah perkara yang selalu diingatkannya setiap kali selepas menggunakannya.

'Masih belum boleh' tegasnya.....namun kini sudah ada tanda-tanda denda ini akan berakhir sebab sudah nampak abahintan juga mengeluh bila tidak dapat menonton berita dan beberapa rancangan kegemarannya di tv. Harap-harap cukuplah seminggu saja denda ini berjalan, lain sangat pulak rasanya tanpa tv selain tak dapat berintenet. Lagi-lagi tak dapat nak berblog di saat cuti begini. Maka terpaksa berhenti berblog buat sementara waktu ini... harapnya benarlah sementara

Untuk entri ini, saya menggunakan broadband yang dipinjam daripada seorang rakan.  Tapi menggunakan broadband di kawasan kampong begini juga memang menduga sekali.  Terlalu lembab dan perlahan. Cadangan saya untuk menggunakan broadband bagi menggantikan wifi  terpaksa dibatalkan, memang tak berbaloi langsung.  Dan demi semua masalah ini maka saya perlu bersedia mengeluarkan belanja untuk telefon, modem wifi serta menghubungi pihak astro juga.... /demi berblog ku relakan jua, cuma menunggu keizinan abahintan saja sekarang ini....


//. kepada semua sahabat bloggers ibuintan mohon maaf sebab tidak dapat mengunjungi blog dan membalas kunjungan sahabat semua... moga kita jumpa lagi.












22 ulasan:

Izan Ishak berkata...[Reply]

aduhaiii ibuintan... bahaya sgt kan kalau ada guruh petir tapi lupa nak offkan suis semua. abis semua disambarnya...

harap2 bog ibuintan ni tak terus sunyi lepas denda berakhir.

sal berkata...[Reply]

Kalau hujan modem wifi,talian internet..tv, hp..sgt sensitif..

saya dah kena..sebab itulah apabila hujan turun,renyai2 sekalipun, cepat2 tanggalkan semua..klu tak..apb terkena..nak mengantikannya,aduhai,penat..
mencongak2 JUGalah..

kaklong berkata...[Reply]

boto tu kak,suis kalau ditutup pun tak dicabut plug ea,buleh yi mengangkap..kaklong dah terkono maghrin....johgran!

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Cuaca sekarang memang tak boleh kita lupa sikit ibuintan. Kadang pun hujan tak lebat tetiba kilat dan guruh berdentum... Tak boleh salahkan sesiapa sebab tak menduga...

Abahintan tu acah aje...dia pun dah tak tahan hihi....

kasihibu berkata...[Reply]

oh..kisahnya..(,")
berbaloi jugak denda tu kot? boleh mengingatkan sampai bila bila mungkin?

Ibu Yusuf Maryam berkata...[Reply]

N3 ibu intan memberi pengajaran dan peringatan kpd ibu yusuf.. sbb ibu yusuf mmg selalu leka bab2 tutup suiz ni. Tkasih ibu intan..

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

kami tunggu denda itu tamat... he he

saya pun pernah denda tutup internet selama 3 hari ajer, lama2 ..kesian

Wassalam

Munn Jaafar berkata...[Reply]

harap2 lepas ni semua beringat la, kang jadi lagi mau smpai sebulan pulak denda dr abahintan..hehe

MulutPayau berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan...
Memang sunyi jugak tnpa tv dan intrnet...tapi semua tu pngajaran utk anak2....

Selepas denda tamat...bolehleh laju2 berblog yer...

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Nasib baik tak jadi perkara yg lebih buruk kpd along.

Skrg ni selalu ribut petir. Kena lebih berhati2. Tapi di rumah saya ni wifi mmg sentiada on. Harap2 tak jadi apa2 yg tak baik.

Asri Alam berkata...[Reply]

bahaya jgk. rmh sasa x penah lg jadi mcm tu. slalunya suis utama akan terpadam sendiri

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

bertabah ye ibu intan, pelan-pelan kayuh.sekarang ni cuaca tak menentukan, kalau boleh sebelum ibu keluar dari rumah cabut plak yang ada, sebagai langkah berjaga-jaga ye. : )

Pn Kartini berkata...[Reply]

Alhamduillah..tak ada apa yang berlaku pada Along...
Moga tempoh denda berakhir secepat mungkin nanti..:)

Acik Erna berkata...[Reply]

Alhamdulillah tak de apa yang berlaku pada along.
akak pun selalu ingatkan kalau hujan semua kena padam dan tanggal kan dari plug..

ibundo berkata...[Reply]

kakpah balik pilah haritu bawak broadband. Memang beruk betul... takleh pakai.
nasib baik tak de apa-apa yang berlaku.

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Semoga ibuintan cepat terlepas dari tempoh 'denda' ni.

azlina 2 berkata...[Reply]

yealah kak sekarang ni cuaca tak menentu anak2 ina pun dah selalu ingatkan bila guruh kilat ttp semua termasuk jgn guna handphone...kkdg degil juga ckp tggu 5 minit le tgh download...dlm tggu 5 petir duk sabung menyabung...
sekarang ni tegas tgh download ke apa ke kena tutup semua suiz...

Bibu berkata...[Reply]

assalammuallaikum Ibuintan.

lama sggh tak wat blog walking.entah nape, tergerak lak bkk blog.n tgk tajuk "benti blog".nak tahu kish kita beli tiket kapal terus terbang kesini.hehehe.....

keras hukuman tu.kalo somi kita bg hukuman gitu pada anak2 kita alangkah bagusnya.selalunya kita je yg akan menghukum mereka.sbb game.itu sbb mereka x senang gan kita.bkn apa, naik rimas kalo dia org dgn game.tp ada jg kebaikan.sbb melekat kat umah.

kitanya blog lom pasti bila leh beroperasi?hehe...urusan hal harian yg sibuk.(bunyi je bz, padahal tak kot?hehehe...)

moga cept le denda tu reda ya.tak pasal maknya sekali kene denda.

ummiross berkata...[Reply]

Alhamdulillah Along tak apa2, semoga semuanya akan kembali seperti sediakala..

Kak Amy berkata...[Reply]

bahayanya la..sebab tu kalau hujan lebat sikit habis semua suis amy matikan dan cabut dari plug..takut jadi cam gini la..

Nur-nba berkata...[Reply]

Salam. Apa khabar Kak Ibuintan? Harap akak sihat2 belaka. Entri ni penuh pengajaran. Memang kadangkala kita leka dan cuai dengan perkara2 tertentu.. Memang bahaya jika terlupa mencabut plug dan mematikannya.. Moga anak2 akakambil pengajaran atas apa yang berlaku.

Mohamad berkata...[Reply]

Patut le tak nampak N3 baru Ibuintan, rupa2nya masih dalam tempoh denda. Harap2 cepat-cepat lah baiknya dan sama-sama memeriahkan dunia blog ini...