Aduhai... lain benar rasanya. Banyak benda yang hilang rasanya. Sunyi dan serba tak kena jadinya bila perkara yang biasa dibuat tapi kini terpaksa dilupakan. Entah bila denda ini akan berakhir, semuanya bergantung pada ketua rumah ini... siapa lagi kalau bukan abahintan. Nasib baik ketua pun tidak terkecuali dari denda.
Kejadian berlaku petang hari Jumaat seminggu yang lalu. Kami berempat kecuali Along berada di rumah adik ipar yang membuat kenduri berkhatan anaknya. Hujan turun dengan lebatnya beserta kilat dan petir. Along tinggal bersendirian di rumah ketika itu. Siaran astro memanglah dah hilang waktu2 hujan begitu, tv telah di offkan tapi suis tidak ditutup dan dicabut. Along leka bermain game dihenfonnya hingga terlupa untuk menutup dan mencabut suis modem wifi juga,
Tiba-tiba kilat dan petir menyambar dengan kuat hinggakan Along merasakan renjatan daripada henponnya. Nasib baik juga Along segera mencampakkan henfon ditangannya. Along ketika itu duduk berhampiran tv dan telefon rumah serta modem wifi. Menurut Along tangannya kebas untuk beberapa minit selepas itu. Cerita Along yang ini yang membuatkan abahnya sangat marah, nasib baik tidak berlaku perkara yang buruk kepadanya.
Panahan petir dan kilat menyebabkan telefon rumah, modem wifi serta alat penerima siaran astro terbakar. Sejak itu telefon rumah, intenet dan tv tidak berfungsi lagi. Telefon rumah tak kisah sangat sebab henfon ada gantinya, yang dikisahkan sangat ialah internet dan tv. Padam semua.
Pujukan dan rundigan untuk memulihkan semula modem wifi dan astro belum berjalan lancar. Abahintan masih belum beri respon. Yang membuatkan abahintan marah ialah kerana ini adalah kali kedua modem wifi ini terbakar. Sebab yang sama seperti kali pertama dulu juga... suis dan plug tidak ditutup dan dicabut, tambahan baru beberpa bulan perkara itu berlaku. Sedangkan itulah perkara yang selalu diingatkannya setiap kali selepas menggunakannya.
'Masih belum boleh' tegasnya.....namun kini sudah ada tanda-tanda denda ini akan berakhir sebab sudah nampak abahintan juga mengeluh bila tidak dapat menonton berita dan beberapa rancangan kegemarannya di tv. Harap-harap cukuplah seminggu saja denda ini berjalan, lain sangat pulak rasanya tanpa tv selain tak dapat berintenet. Lagi-lagi tak dapat nak berblog di saat cuti begini. Maka terpaksa berhenti berblog buat sementara waktu ini... harapnya benarlah sementara
Untuk entri ini, saya menggunakan broadband yang dipinjam daripada seorang rakan. Tapi menggunakan broadband di kawasan kampong begini juga memang menduga sekali. Terlalu lembab dan perlahan. Cadangan saya untuk menggunakan broadband bagi menggantikan wifi terpaksa dibatalkan, memang tak berbaloi langsung. Dan demi semua masalah ini maka saya perlu bersedia mengeluarkan belanja untuk telefon, modem wifi serta menghubungi pihak astro juga.... /demi berblog ku relakan jua, cuma menunggu keizinan abahintan saja sekarang ini....
//. kepada semua sahabat bloggers ibuintan mohon maaf sebab tidak dapat mengunjungi blog dan membalas kunjungan sahabat semua... moga kita jumpa lagi.
