Followers

Rabu, 30 Jun 2010

Merajuk

Kejap lagi nak ke sini.


Jemput Along. Along dijangka sampai pada pukul 11.00 malam ini dari Pulau Pinang  dengan menaiki bas  Along mewakili Pengakap N.S. ke Jambori Persahabatan Antarabangsa Malaysia 2010 yang diadakan mulai 25 hingga 30Jun di  Pulau Pinang.

Azim nak ikut sama tapi tidak dibenarkan, mesti tinggal di rumah temani Intan .  Merajuk terus masuk bilik dan tidur. Itulah anak-anak sekarang sikit hal pun merajuk, payah nak dibawa berunding.

Hulurkan tangan beri bimbingan dan kasih sayang.

Pagi ini selepas menjalankan pengajaran dan memberi latihan B. Melayu, ibuintan menyambung membuat ujian Saringan 2 Literasi Menulis. Disebabkan hanya tiga orang sahaja murid yang belum menguasai LINUS (ujian untuk menguji tahap kebolehan membaca, mengira dan menulis) maka ketiga-tiga murid tersebut menjalani ujian di sekitar meja guru sahaja.  Ujian ini dijalankan sejak semalam. Bahagian bertulis pula sebab minggu lepas telah dijalankan ujian membaca.. Semasa ujian membaca ketiga-tiga murid ini masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik.  Masih perlu mengeja dan ada juga lain dieja lain dibunyikan.

Hari ini menyambung ujian bertulis lagi, masih juga belum menguasai dengan baik. Masih perlu diberi masa dan dimasukkan ke kumpulan yang memerlukan latihan dan bimbingan khas (pemulihan).  Semasa mereka sedang menjalani ujian dengan bantuan juga, ibuintan terperasan bahawa ketiga-tiga murid ini ialah murid daripada keluarga yang bermasalah. Maksud bermasalah ialah seorang pelajar ialah anak tidak pasti ayahnya sementara dua orang lagi yang ibu bapanya telah bercerai dan ayah telah berkahwin lain.

Ketiga-tiga mereka tinggal dengan ibu.  Ketiga-tiganya ibu tunggal.  Dua ibu tunggal bekerja sementara seorang lagi hanya membuat kerja kampung. Ketiga-tiga murid ini juga mempunyai adik beradik yang ramai. Ibuintan dapat rasakan bahawa  mereka membesar dalam kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Ibu mereka mungkin tiada masa untuk memberi tunjukajar dan mengambil tahu hal pelajaran anak mereka.
Ketiga-tiga murid ini juga adalah murid yang pendiam dan susah untuk dibawa berbual.  Mereka juga tidak aktif d dalam kelas.  Masalah keluarga mempengaruhi tahap penerimaan mereka dalam pembelajaran. Dan secara rawak juga daripada pengalaman mengajar abang atau kakak mereka, abang dan kakak mereka semasa di tahun satu juga mengalami situasi yang sama.  Lambat dan lemah dalam menguasai kemahiran 3M.

Kasih sayang dan perhatian dalam keluarga memang amat mempengaruhi emosi dan kecerdasan anak-anak.
Beruntung anak-anak yang mendapat kasih sayang dan perhatian kedua ibu bapa mereka.
p/s;  masalah ibubapa kesannya sama dirasai oleh anak-anak

Selasa, 29 Jun 2010

Sakit lah pulak!


                                               (gambar hiasan)
Ahhhhhhhhhhh..sakitlah pulak. Bangun pagi je dah terasa sakit. Pandang kiri sakit, pandang kanan sakit, tunduk sakit.........alamak sahlah sakit tengkuk.. Takkan nak cuti lagi, semalam dah ambil cuti.  Abahintan kata salah tidur...tapi tido cam betul je, tidur cam biasa je.... memang rasa tak selesa sungguh, nak kena urut juga ni, sebab sakitnya sampai ke belikat.  Dah makan ubat salah urat, tapi sakit lagi...Cubaan...

Isnin, 28 Jun 2010

Pagi yang segar

Salam pagi Isnin yang ceria,
Pagi yang segar. Semalam seharian duduk di rumah hanya membuat kerja rumahtangga  dan kemudian bersenang lenang, no jalan-jalan, no kenduri and no hal-hal lain.

Memang  berehat saja semalam. Dah  penat sangat rasanya kehulu kehilir sepanjang minggu. Walaupun semalam ada juga jemputan tetap 'say no' takkan pergi.  Rasa sudah kehabisan tenaga sungguh.

Hanya membuat aktiviti yang santai saja semalam, membelek pokok orkid dan menyembur baja orkid, sementara aktiviti dalam rumah Intan yang buat - masak, menyapu dan mengemas... anak dara ni perlu juga didesak membuat kerja rumah sesekali, takut nanti tak reti buat apa-apa.  Ibunya nak bermalas-malasan pulak.

Jom layan orkid yang sedang berkembangan.

p/s; hari ni ambil cuti perlu menguruskan beberapa hal.

Sabtu, 26 Jun 2010

Akal dan akhlak.

                                           (ilustrasi dari tok google)

"Wahai Abu Zar, 
tidak dinamakan seseorang itu berakal jika akalnya tidak digunakan untuk berfikir 
dan tidak ada usaha yang dianggap bermanfaat melainkan berakhlak mulia"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Majlis makan-makan - Jasa mu dikenang 2

Salam,
Hari ni saja menyambung cerita pasal persaraan bekas guru dan rakan guru ibuintan.
Selepas sambutan di sekolah, ibuintan dan sekumpulan bekas pelajar dan rakan guru lain telah meraikan Hjh Mizan makan tengah hari di sebuah restoran yang agak ekslusif di sini....Restoran Warisan

Jom layan gambar keseronokkan kami meraikannya. Semasa di sini tiada lagi air mata dan kata-kata pilu. Semua telah habis dikeluarkan semasa majlis di dewan sekolah.  Di sini kami seramai 16 orang hanya mahu suasana keceriaan sahaja.

                     Kek secret resepi yang kami tempah khas untuk Cikgu Mizan.

 Sempat juga menyanyikan lagu "Allah selamatkan Cikgu Mizan" semasa beliau memotong kek.

Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com
Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com
Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com
Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com
Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com

p/s ; sabar je la nengok cikgi2 ni berposing

Jumaat, 25 Jun 2010

Majlis persaraan - Jasa mu dikenang

Selamat Hari Lahir yang ke 56 kepada Hjh Mizan bt. Sidek. Semalam beliau genap 56 tahun. Hari ini juga rasmilah sebagai hari pertama beliau tidak lagi  bertugas sebagai seorang GPK HEM dan sebagai seorang guru.  Beliau seorang yang baik hati, lemah lembut dan amat prihatin. Beliau juga salah seorang guru yang pernah mengajar ibuintan semasa di Tingkatan Satu, mengajar subjek Matematik.

Sebagai menghargai khidmat beliau selama hampir 6 tahun di sekolah ini, maka pagi semalam satu majlis sempena persaraan beliau telah diadakan.  Majlis berlangsung di dalam dewan sekolah mulai pukul 10.00 pagi.
Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com

                                Murid-murid  berkumpul di dalam dewan sekolah

Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com

 Tetamu jemputan Dato Abdul Samad b. Ibrahim (ADUN Seri Menanti)batik kuning dan Yang Dipertua       PIBG.
Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com

         Ucapan - Encik Sulan GPK KoKurikulum, YB Dato dan yang diraikan Hjh Mizan.

Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com
Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com

               Penyampaian hadiah dan cenderahati daripada jemputan, rakan guru dan pelajar.
                  Khidmat yang terakhir - membunyikan loceng akhir tamat waktu persekolahan

Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com

Diarak dengan iringan kompang menuju ke kenderaan yang menunggu. Sebelum menaiki kenderaan, Hjh Mizan menandatangani buku kedatangan guru (waktu balik) untuk kali terakhir.

   Diarak sehingga ke pintu gerbang sekolah dengan murid-murid berbaris di sepanjang kiri kanan laluan.


Serangkap pantun akhir daripada beliau:
                  Pucuk pauh delima batu,
                      Ikan sembilang di tapak tangan,
                 Walau jauh berbatu-batu,
                      Hilang dimata dihati jangan.