Followers

Sabtu, 6 November 2010

Bersarapan bersama mee hoon miskin, sedap apa!

Terjaga saja, masih di katil. Fikiran terus menerawang nak makan apa, nak masak apa untuk sarapan pagi ini.  Itulah rutin setiap ibu/wanita setiap hari , baik yang bekerjaya maupun suri rumahtangga sepenuh masa.  Pusing memikirkan menu untuk hidangan sekeluarga.

Selepas solat subuh, terus masuk dapur.  Buka 'ais box' tengok apa yang ada, sah hanya dapat buat menu mee hoon goreng saja.  Mulalah operasi menggoreng mee hoon, 'mee hoon goreng miskin' nama diberi.  Hahaha miskin sebab tak kayalah tu..... miskin sebab perencahnya takde ayam atau daging, hanya ada ikan bilis, sayur sawi, tauge dan tauhu goreng saja.

Namun setelah siap dan dihias dengan taburan telur goreng dadar, nampak pulak kayanya, bolehlah asalkan rasanya sedap dan dapat mengalas perut sehingga waktu makan tengah hari.  Kalau tak silap sekali pandang, lebih kaya pulak dari sesetengah mee hoon yang di jual di restoren atau kedai makan mamak tu..  perasanlah kau ibuintan..

Selain mee hoon goreng miskin, donut gebu juga menjadi hidangan sarapan pagi.  Donut gebu hasil tangan biras,.... gebu, lembut dan manis. Syukur dengan rezeki Allah untuk sarapan pagi hari ini.


Tengah hari nanti, rasanya cuti masak sebab kami sekeluarga akan ke majlis kenduri kahwin di rumah anak mak saudara suami di Kampung Kepis.  Sahlah lauknya nanti dengan hidangan utamanya rendang dan  lauk kari kerbau.  Petang semalam suami bersama ';berpangkal' (rewang) dengan jiran-jiran melapah seekor kerbau jantan. 

//kami barisan AJK tetap masakan dan jamuan di sekolah, menamakan menu miskin atau kaya berdasarkan budget yang diperuntukan... selalunya menu miskin saja

10 ulasan:

sud@is berkata...[Reply]

Eh sedap tu meehoon my favorate.... bila2 kat mana2 pun meehoon

kak long berkata...[Reply]

selalu gak roreng meehoon guna ikan bilis jer...laie sodap kan bu?

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..rewang tue bukan bahasa jawa ke? menjadi penanggah kenduri kan...

ibuintan berkata...[Reply]

sudiis.. memang ramai yag suka mee hoon, tp akak lebih suka mee kuning

ibuintan berkata...[Reply]

memang sodap tapi anak2 ikutkan hati mereka tak berapa suka ikan bilis ni, tapi ibu blender semua ikan bilis tu ....diorang makan juga lah

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali shah,
betul tu kalau rewang tu memang bahasa org Jawa (cam YB) tu, penanggah pun orang luar punya tapi kalau kak kampong ibu dipanggil "berpangkal" yang biasanya dihadiri oleh saudara terdekat dan jiran-jiran terdekat..

masa ini semua kerja2 untuk majlis kenduri bermula.. menyembelih, melapah, menyiang, mengupas, meracik, memotong, memasak ..malah semuanya lah untuk kenduri esoknya

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Ada masanya mihun miskin lebih sedap dari mihun mewah...

Berkat air tangan orang yang memasaknya....

:D

CIK TOM berkata...[Reply]

mee hoon miskin?hehe..kreatif la akak bg nama..ok pe nmpk sedap je mee hoon tue...donut pun nmpk mmg gebu..hehe

Unknown berkata...[Reply]

makan kenduri kita tengah hari ni ye..
tu yang best nye hujung2 tahun ni..
tengah hari tak payah masak sebab kenduri banyak sangat..
hehhe

NENSA MOON berkata...[Reply]

Salam ibuintan,
menu miskin namanya, yang penting kaya rasanya alias lezat...hehe..
tapi kok ga bagi2 resep mihoonnya nih ibuintan... padahal aku penasaran ingin mencoba resepnya...

Donatnya juga kelihatan asyik tuh ibuintan...
makasih udah bagi2 cerita and gambar.